Tuesday, 13 August 2013

novel komsas tingkatan 6

Angka enam akhirnya tamat di situ. Wajah yang sering diperkatakan mirip-mirip penyanyi lelaki popular yang bernama Anuar Zain sudah lali di telinga. Ada sesetengah yang mungkin tidak selesa dengan gelaran itu. Apabila ia di kira dengan majoriti, engkau terpaksa terima walaupun cemburu itu menguasi jiwa. Tidak pernah rasa kekok dengan gelaran di beri. Soalnya sekarang, aku sudah berkasih. Seperti baru hari ini rasa matang. Secara jujurnya aku jarang untuk berwatak serius. Setiap agenda yang dilaksanakan, pasti diselitkan elemen-elemen lucu atau gurau-senda. Tahun 2013 ini datang dengan sedikit kejutan. Mungkin hadiah untuk individu yang bersabar. Terima kasih Juwita. Engkau sentiasa di hati.

Wednesday, 24 April 2013

muzik klasik sedang berbunyi

Pada waktu ini, hujan sedang turun dengan lebat. Langsir bertepuk-tampar, aku risau seketika. Sementara itu, jari aku sedang berjalan sambil mata pandang ke hadapan. Minda aku tidak berfikir tetapi jari masih lagi rancak berjalan. Sungguh aku cakap, segala yang aku tulis berjalan dengan cepat. Satu saat berhenti, satu saat bergerak. Aku masih menulis ini. Tetapi engkau mesti tidak percaya. Kalau aku ada kamera mahal boleh aku buktikan. Rakam segala apa yang terjadi pada jam 5:03 pagi ini. Malangnya, kalian masih lena. Terbawa sangat mimpi yang tidak akan muncul itu sampai lupa subuh sudah dekat. 

Tuesday, 23 April 2013

asmaradana

Dari seberang aku perhati adegan rancak mereka. Siang mati malam hidup. Sekejap kenyang kadang-kadang lapar. Maka mereka gembira berbincang perihal dunia. Belum cukup akal sudah pandai berbicara. Dahulu dekat sekolah malas belajar. Hari ini sudah matang pandai pula mengajar. Apabila di tegur lancang menolak. Sudah itu di maki pula. Mujur sikap sabar itu masih di praktikkan. Jika tidak mungkin pisang sudah menjadi pengat. Pelbagai ragam mereka pamerkan. Berbagai adegan juga mereka paparkan. Semoga mereka faham apa itu mati.

Sunday, 31 March 2013

halus-halus manja

Aku kosong yang bermaruah. Dalam masa yang sama berfikiran terbuka. Bukan macam engkau yang duduk di dalam satu kelompok yang tidak ada wawasan. Buka minda, jangan mendapkan otak dengan aktiviti yang sama. Dunia ini luas untuk kita teroka. Selesai di sini, kita cuba yang di sana pula.

Friday, 15 February 2013

sementara masih waras

Hari ini aku sedikit sedih dengan hari yang semalam. Aku tidak pernah berada di situasi ini. Aku pegang kembali kata-kata dari mereka yang berpengalaman dan mendapati bahawa ia boleh di tenangkan. Permulaan yang baru aku paparkan. Cuma sedikit masa untuk ia di lengkapkan. Semoga apa yang di doakan akan menjadi kenyataan. Kepada Mu yang maha menguasai, aku panjatkan doa kepada Mu Ilahi

Tuesday, 15 January 2013

kawal minda

Situasi yang sama berlaku apabila yang berbadan dua datang menghampiri aku. Aku cuba kawalkan diri supaya tidak terlajak seperti apa yang pernah terjadi. Ujian ini sering terjadi apabila aku seorang diri. Sengaja atau tidak ini ketentuan Ilahi. Aku berlagak normal supaya tidak terjebak dengan rasa iri hati. Jika tersalah langkah pasti ada yang menangis menyembah ke bumi. 

Friday, 7 December 2012

sebentar nanti

Aku menulis mengikut rentak hati. Tiada perbualan kosong yang hendak di dengki. Mana yang mengerti, sila ambil sebagai pedoman diri. Perspektif kita berbeza-beza. Pandangan manusia juga tiada yang samanya. Aku faham ramai yang pasrah. Resah malah gelisah dengan percakapan orang luar. Melihat pada pancaindera aku, engkau masih berada di situ. Cuma perlukan sedikit masa untuk kita bertemu. Kapal terbang di langit sekali pun boleh di tawan dengan pengganas. Berhati-hati wahai kawan.