Tuesday, 10 November 2009
KEMBALI BERPIJAK KE DUNIA YANG NYATA
Tomorrow, tomorrow & tomorrow. Kepulangan aku akan di sambut megah sambil di pegang sepanduk besar oleh Pak Guard & Mak Guard yang asyik mencari kesalahan & menahan sekumpulan manusia yang melalui di hadapan pejabat mininya. Sambil itu aku melangkah kaki kanan masuk ke sini untuk memenuhi impian orang tuaku yang berada di sana. Hati yang sedang gundah gulana ini di serikan lagi dengan teman seperjuangan ku yang turut serta melangkah bersama sama ke dalam dunia yang sama. Kawan kawan ku yang sedang berada di kolej sana, sabarlah. Kepulangan sahabatmu ini akan tiba dalam bila bila masa sahaja. Niat yang telah ku ungkapkan didalam hati untuk terus menstudy mungkin akan termakbul sekiranya pancaindera ini akan terus fokus pada yang satu, iaitu SOCIOLOGY IN OUR TIMES by Diana Kendall. Ya, anda boleh melakukannya ! Setiap niat yang murni ,akan di berkati oleh Penciptanya. Jadi , " if I can do it, you can do it too " terima kasih Cikgu Mazlan atas sorakan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment