Monday, 2 November 2009

si bodoh yang sedang bercerita

Jam melaka menunjukkan tepat 5.48 p.m. asar sudah pun berlalu, tapi aku tak lalu lagi. komputer riba yg sedang ku jinjing kini di letakkan di atas riba ku. angin yang meniup kencang di hadapan jendela bilik ku, terasa keheningannya sekali. di tambah pule dengan bunyi dentuman besi yang diketuk wak indon yang sedang membaik pulih kamar mandiku. terasa nyaman indah dan sunyi tatkala rakan sebilikku tiada bersama. akan tetapi, rakan karibku ASUS K40AB tetap bersama tatkala ku keseorangan. katil yg tersegam indah itu memanggil manggil aku untuk kesana. tetapi sebagai lelaki dewasa yang cekal dan tabah, perlulah melawan dengan jayanya. aku teruskan usaha untuk meng on kan komputer riba untuk mengonline, akan tetapi timbul pula masalah yang muncul. aku terpandang sebuah buku kecil yang berwarna biru yg tertulis tajuk TUNGGAK KEMULIAAN ISLAM. justeru hatiku tersentak & tertanya perlukah buku itu dibaca? perlukah aku mengambil buku itu? perlukah buku itu diambil oleh aku? dgn megah hatinya, aku toleh ke hadapan dan terus menulis password komputer ribaku iaitu sygsyahrul. sesaat sahaja aku menekan ENTER, tiba tiba lembaga besar yg berwarna hitam terpapar dihadapan ku. aku terkejut kerana walpaper yang aku letakkan tidaklah seganas dan segarang ini. aku menjerit ketakutan...

tibatibaaaaaaa ,aku terjatuh dari atas katil yang aku tidori . apabila aku membuka mata, lembaga hitam yang kusangkakan makhluk halus, ruparupanya rakan sebilikku. sambil tangan ku masih kuat mengenggam erat buku TUNGGAK KEMULIAAN ISLAM yang ku baca dimalam hari.

(ini adalah contoh karangan pelajar di tingkatan 1 iaitu karangan bersambung yang sering kalian tuliskan ketika dahulu kala kan kan kan. dah mimpi jatuh dari katil. macam bodoh)

aku tulis ni kerana tidak tahu hendak mewartakan cerita apa kepada kalian semua.

No comments: