Siang berganti malam. Hujan bertukar panas. Tapi aku masih di situ. Tidak pernah berganjak walaupun hari berganti hari. Baju yang aku pakai, masih segar dan tidak sedikit pun ada kotornya. Aku masih & terus menunggu deringan telefon bimbit aku agar dapat memecah kebuntuan hariku. Tetapi cuma mesej dari Celcom & Maxis yang aku terima yang menyatakan "tempoh aktif anda sudah tamat". Memang patut mesej itu di hantarkan kepada aku, kerana sudah lama tidak men-top up-kan kredit itu. Aku terus kan usaha untuk mencari kemeriahan hari-hari aku dengan membuka lap top dan men-connect-kan ke Internet berjalur lebar ini.
Sungguh riang hati aku apabila Internet berjalur lebar ini telah selesai sambung ke lap top. Tanpa melenggahkan masa, aku terus meng-log in kan ID Facebook, Myspace, Blog, YM & MSN yang telah aku daftarkan dahulu. Sejurus itu, segala comment yang aku dapat dari rakan-rakanku, aku balas dengan telitinya agar tiada seorang pun yang tersinggung dengan kata-kata pujangga aku ini. Tersilap susun ayat, malapetakalah yang akan menimpa aku ini. Selesai itu, bermesra la aku dengan sahabat pena yang sedang berada di talian Internet berjalu lebar ini. Sehingga la terbit fajar menyinsing, dan aku teruskan hari-hari aku seperti ini sehingga lah tibanya tarikh keramat 27/12/2009 untuk aku ke sana kelak. InsyAllah, akan aku cuba untuk merubahkan sikap negatif ini agar tidak menjejaskan reputasi aku sebagai pelajar IPTA.
Amin Ya Rabbal Alamin.
Dalam ingatan tulus ikhlas:
syahrulazhar
Sunday, 22 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment