Saturday, 9 January 2010

पुन्दवाना

Sedikit kecelakaan telah berlaku di petang hari tadi apabila aku di suruh ibu kandungku untuk ke kedai "hardware" (menjual pekakas-pekakas elektrik & banyak lagi) bersama sepupu belah ibu ku iaitu Lan (bukan nama sebenar). Ketika aku hendak keluar dari simpang jalan, kelihatan sebuah kereta Myvi Putih yang nombor platnya tidak dapat dikesan parkir di bahu jalan. Aku yang bermodalkan motor LC 135 sepupuku itu terus menurunkan dari gear 3 ke gear 2 untuk mengambil sedikit pick up untuk meneruskan perjalan. Sedang aku menyimpang ke jalan itu, pemandu Myvi yang berbangsa hindu yang tanpa menoleh kebelakang terus membuka pintunya. Aku yang tanpa segan silu terus melanggar pintu yang dibuka pemandu itu. Dengan tanpa segan silu juga aku terus memandang serius terus kemata pemandu hindu itu dan berkata "dey! mana kau letak mata kau haa. Tak nampak ke ada orang kat belakang. Sudah lah kau itu meletakkan kenderaan di tempat yang salah! Nasib baik aku tidak ada apa-apa. Kalau ada apa-apa, memang kau akan di apa-apakan", tegas Syahrul kepada pemandu itu. Jelas terpapar muka keresahan di wajah pemandu Myvi itu. Pemandu itu juga tergamam dan tidak berani untuk berkata-kata. Kerana ketika itu aku sedikit berlagak seperti "mat rempit", haha. Aku meneruskan perjalanan untuk pulang dan mendapati pintu yang aku terlanggar tadi tidak dapat ditutup dengan sempurna (teruskan mencuba tambi). Selepas meneliti balik dan bertanyakan pendapat kepada ayahku, jelas sekali kesalahan itu berpunca dari pemandu Myvi yang cuai itu. Aku dengan sedikit luka di kaki menyapu minyak gamat di kaki sambil menceritakan hal sebenar di laman utama saya ini.

4 comments:

shneezy said...

haha sedeyh la syahrul. kire kuat jugak ko eh? nasib baik x pecah kepale :P

syahrul azhar said...

kalau pecah kepala ta dapat jumpe ezzy shahiza dah :( haha

Idayu Sukaimi said...

biasalh tu :) sekarang dah okay tak?

syahrul azhar said...

sudah sudah :D