Friday, 23 April 2010

pergi ke kebun mencari rezeki

Keadaan sunyi & sepi di dalam bilik menandakan musim membaca buku sudah bermula. Setelah sekian lama bilik yang ada di jadikan pusat perjudian, sarang penagih, tempat hiburan, kawasan memuaskan nafsu, akhirnya senyap dek kesibukan dengan "peperiksaan" yang datang menghantui diri. Masing-masing sibuk mencari bahan bacaan yang sudah tersorok di bawah katil. Ada yang terpaksa meminjam dan ada yang juga yang sanggup mengeluarkan duit untuk membeli nota-nota ringkas yang tersedia ada. Segala hiburan yang menjadi aktiviti harian, semakin kurang di praktikkan. Tidak cukup dengan itu, facebook, myspace, yahoo massenger, windows live massenger, skpe dan seangkatan dengannya semakin kurang pula yang mengaktifkannya. Tahniah saya ucapkan, semoga amalan seperti ini dapat di jadikan ikutan kepada orang ramai. Di kesempatan ini, saya menyeru & ingin membuat penegasan, marilah bersama-sama kita membaca. Kerana dengan sehelai buku yang anda baca, mungkin akan mengubah masa hadapan anda untuk selama-lamanya.

Adik menari kakak ketawa,
Kalau hendak berjaya marilah membaca.

3 comments:

akuOverPagar said...

dalam diam2 kau...tak sangke rajin bermadah dan berkata2...herm...teruskan blogging!!

syahrul azhar said...

sekadar hiburan di masa lapang sahaja :)

QaRaMi HasHim said...

hahahaha... giler shahrul...
siap ada pantun bagai..
weyh, follower la aku gak!!