Saturday, 29 May 2010

setajam taji yang menikam diri

Tutup mata buka mata timbul taik mata, sudah menjadi habit makhluk yang digelar manusia sering lakukan. Lewat bangun dari katil seindah mahligai sudah menjadi kebiasaan. Ayam yang biasanya berkokok di pagi hari, kini sedang menikmati santapan di petang hari. Jam yang menunjukkan pada nombor 3 & 4 sudah lali aku melihatnya sering kali terjaga dari lena. Komputer riba yang tidak dipadamkan semalaman terbiar begitu dengan notification bertambah tanpa aku sedari. Wajah yang comot-tomot, di serikan lagi dengan rambut yang kusut-masai dengan gaya jalan yang terumbang-ambing aku terus melakarkan kaki ini untuk ke dapur yang berhampiran. MOTIF-nya hendak mencari sisa-sisa makanan yang di masakkan untuk tengah-hari tadi. Nasi yang aku sauk sebanyak 2 scoop sudah mamadai untuk mengalas perut aku yang segak untuk harini. Sejurus itu, aku membelek-belek surat khabar harian untuk menambah ilmu pengetahuan. Kes sana kes sini sudah abang update-kan. Bukan lah mengapa, abangkan masscomm bak kata masyarakat di luar sana. Deringan telefon yang memanggil-manggil terus aku capai untuk di jawapi. Dan satu demi satu pesanan ringkas yang terbunyi, dengan pantas aku balasi. Jiwa yang kosong ini terus mencari-cari apa yang masih belum di lengkapi diri. Tidak perlulah anda memeningkan diri dengan memahami nukilan ini, kerana kelak anda yang menikam diri.

No comments: