Friday, 4 June 2010

jangan sombong bermegahkan diri


Perancangan harian yang hajatnya hendak mere-new-kan lesen percubaan "P" sering saja di tangguhkan atas pelbagai alasan-alasan-alasan & alasan. Sikap malas yang ter-patri di dalam anugerah yang paling bernilai yakni akal atau di sebut-sebut sebagai otak telah pun saya cuba usirkan. Hasilnya, tetap sama. Tidak mengapa-lah, bukan itu yang hendak saya ceritakan. Selepas solat Jumaat yang telah saya langsungkan di Masjid Amru Al-As yang terletak di Bandar Baru Sentul, secara tidak berkebetulan terasa rajin pula hendak ke Jabatan Pengangkutan Jalan-Raya (JPJ) yang terletak di Setapak Kuala Lumpur. Tambahan pula, dengan kebisingan saudara "abah" merangkap ketua keluarga-ku yang menyuruh saya untuk membuat apa yang hendak saya lakukan ini.

Mengharap beliau tidak memekik & mememak saya pun dengan bermodalkan kenderaan pacuan 2 roda dan seorang rakan yang mengekori dari belakang pun menuju ke destinasi yang hendak ditujui dengan riak wajah yang megah, bongkak, sombong dan saksama. Setibanya ke sana dengan nada sopan & satun 1 Malaysia, saya bertanya kepada kakak comel itu "kakk, nak menukari lesen "P" ke full bagaimana deh? Saya enggak tahu". Suara kakak itu yang lantang seperti Ziana Zain ketika menyanyikan lagu Puncak Kasih pun menjawab, "adik ada bawa gambar berukuran passport?". Saya tergelak seketika di situ dan dengan pantas menjawab "TAK !". Telinga yang malas hendak mendengar eksplain-itasi dari kakak itu, terus saya menapak keluar ke pintu utama dengan mencari kedai gambar yang berhampiran.

Tiba-lah sudah ke satu tempat yang di panggil "Plaza Idaman" di Gombak, mata saya terus cekap mencari kedai gambar yang berhampiran. Sudah dua pusingan berpusing di kawasan itu, akhirnya terjumpa sebuah kedai yang bernama "FOTOZOOM". Kami perlu pantas mengambil gambar kerana cuaca semakin panas, tambahan pula saya perlu menjaga kulit saya ini yang cerah bergemelapan. Pantas memasuki ke studio yang di peruntukkan kedai itu, saya terus terduduk. Hati yang tertanya-tanya, adakah ini kedai menjual langsir? Pedulikan sahaja, kerana MOTIF hanya satu, "gambar". Rambut yang terserabai indah dan muka yang berminyak saya terus setting-kan sikit supaya tampak lebih hebat di dalam lesen itu nanti. Akan tetapi, hasilnya tetap sama kerana "kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada".

Sesudah itu, saya berpulang kembali ke Setapak dan mere-new-kan lesen tersebut. Makanya disini, selepas ini tidak perlu lagi-lah untuk saya menampilkan stiker "P" selepas ini. Muka bongkak dan hodoh ini terus menyimpan lesen itu ke dalam dompet dan mengoyakkan stiker "P" pada kenderaan pacuan 2 roda saya itu. Kawan yang mengekori saya yang turut menukarkan lesennya kepada full tertawa besar sambil di ekori saya dengan megahnya.

Inilah hasilnya daripada keterdesakan mengambil gambar pada siang hari yang panas cuacanya. Hanya dengan bermodalkan baju melayu, sungguh segak budak itu. Studio-nya pun tampak menarik dan kreatif



kak one more kak :)






5 comments:

Syahirah said...

raya last last year ke, kan?

Syahirah said...

raya last last year ke, kan?

syahrulazhar said...

baju raye 2 tahun yg lalu :)

aizadosman said...

tak leh bla pakai bj melayu!
hahhaa

syahrulazhar said...

india muslim :)