Saturday, 10 July 2010

akal di cipta untuk berfikir

Udara yang di hirup sudah berlainan rasanya apabila berada di selatan tanah air. Cuaca sepoi-sepoi bahasa yang selalu melingkari kulit tangan yang sedikit gelap ini sudah hilang dari aromanya. Sekumpulan manusia yang sesak berhimpun di tengah pekan kecil menyukarkan pernafasan mereka yang mempunyai penyakit asma. Selangkah tapak kaki melangkah, setitik titisan peluh menitis. Tisu dan kain yang jarang di bawa oleh mereka yang bernama jantan, kini sudah menjadi bahan penting untuk di bawa bersama. Jika dulu visi diri bangun lewat tidur lewat, kini berubah menjadi bangun awal tidur awal. Tiba hujung minggu mereka ke ibu kota, bersama teman-teman setia untuk mencari hiburan untuk seketika. Mereka yang baru sudah tiba, selamat datang ucapan serta. Jangan segan dan silu untuk bertanya, risau anda nanti tidak kemana. Jangan bongkak dengan apa yang ada, kita disini cuma untuk sementara. Bersyukurlah anda kepada yang Esa, kerana telah menjadi insan yang berguna.

No comments: