Sunday, 22 August 2010

otak berfikir | jari bergerak

Teruskan dengan pemikiran yang open minded jika kita takut dicemuh masyarakat di luar sana. Mereka mempunyai otak yang geliga untuk mentakrifkan diri kita. Setelah asyik dengan pemodenan globalisasi yang ada di depan mata sehingga terlupa dek permulaan ciptaan yang dahulu kala. Bagi mereka yang berjiwa manusia, tidak sesekali menjadi duri dalam daging kepada teman yang tersedia ada. Orang berpendapat rakan adalah teman untuk kita, tetapi jangan terlalu lalai dengan dia, gusar nanti termakan jiwa. Pendusta bangsa berada dimana-mana kerana mereka sama sahaja. Biarlah kita menjadi biasa supaya masyarakat luar selesa dengan kita. Mungkin luaran tampak sama tapi di dalam jauh berbeza. Si Pencipta telah memberi kita deria-deria yang sempurna untuk di gunakan dengan sebaiknya. Bersyukur-lah anda dengan yang ada, kerana telah di cipta sebagai makhluk yang berguna. Kita terlalu taksub dengan kecanggihan sehingga terlupa pada yang Esa. Janji kita memang boleh di kata-kata kerana kita bernama manusia. Pindahkan fikiran anda ke landasan yang lurus, agar menjadi insan yang telus.

1 comment:

shneezy said...

dah lama ta baca post kau :')