Sunday, 14 November 2010
brengset
Tiada perubahan drastik yang berlaku di sini. Perabot, meja dan katil-nya masih tersergam indah di lokasi asalnya. Cuma yang bertambah, habuk-hapak, sawang labah-labah dan sedikit cenderamata dari cicak sebagai tanda kenang-kenangan kepada saya. Hidung yang menyedut selama 4 saat berjaya menangkap bau asli-nya dan aroma-nya tetap sama walaupun di tinggalkan berkurun-lamanya. Kesan tapak kaki masih ada di sana. Bekas tumpahan air masih wujud di celah pintu. Bulu kucing yang saya potong masih tidak di buangnya. Terima kasih kerana masih setia bersama saya, walaupun tidak di guna sekian lamanya. Malam ini, berilah saya peluang untuk menikmati susuk tubuh mu yang lembut lagi gebu itu. Kepada katil-ku, jangan sedarkan saya walaupun hari sudah senja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment