Sunday, 17 April 2011

terangkan mata dengan serta-merta

Selamat datang ke dunia yang tiada bertimbang-rasa. Tiada lagi teguran yang dramatik dari saya. Mungkin semuanya tengkingan sahaja. Fokuskan pada pen biru dan hitam. Catatkan pada kertas A4 yang di lipat dua. Perlu lebih bersedia dengan apa yang tersedia. Tumpukan perhatian pada kitab yang berhuruf. Kalau di ganggu, berikan sahaja tumbukan pada dagu. Sebatang dua untuk pulihkan kecergasan. Se-sedut dua bagi mengembalikan tumpuan. Siang dan malam tidak lagi bermakna selepas ini. Jauhi teknologi untuk seketika bagi memberi ruang kepada mereka ini.

No comments: