Friday, 2 September 2011

berbual dengan cermin

Sunyi-kan? Terasa baru semalam hinggap di sini, tetapi tiada apa yang hendak aku kecapi untuk ruangan ini. Biarkan dia, biar-kan dia bersawang kerana ianya memang laman sesawang. Kenapa perlu gelojoh untuk memberitahu kepada penonton tentang perihal kita? Asyik menunjuk, membongkak dan meriak, apa yang kau dapat? Belum cukup untuk kepuasan diri sehingga di sini kau luahi. Cukup-lah, mereka di luar sana juga punyai akal. Lebih pintar dari kau aku rasa. Sudah-sudah-lah membohong. Mungkin hari ini hari dia, esok lusa tulat siapa yang tahu. Betul-kan?