Tuesday, 8 November 2011

plastik

Aku senyum mesra melihat kelibat mereka sambil tergelak di dalam dada apabila mereka merai-kan bersama. Usaha yang hanya pada teknologi semata-mata tidak membawa kalian ke mana-mana. Aku semakin risau melihat masyarakat hari ini bangga dengan setiap daripada prestasi mereka yang datang pada dunia yang setiap detik ada sahaja yang tidak kena. Kalian terlampau riak dengan hasil itu. Aku tidak mengungkit kisah yang lalu cuma terkejut apabila manusia semakin mululu menunjukkan kekurangan pada akal setiap individu. Tidak mustahil kejayaan muncul dengan serta-merta apabila kecanggihan teknologi semakin rancak bergema. Entah bila ia ber-akhir aku pun tidak tahu. Kecewa, itu sahaja yang mampu aku tonjolkan di sebalik raut wajah yang hampa.

No comments: