Saturday, 24 November 2012

jam lima empat puluh tiga pagi

Aku cuba kembali-kan zaman kegemilangan yang pernah hadir lima tahun yang lepas. Peristiwa di mana manusia membalas pesanan ringkas dengan bermodalkan 'emoticon' di dalam-nya. Pasti ada yang tersenyum dan ada juga yang mengelamun. Lelaki mana yang tidak bernafsu? Kuasa Pencipta itu besar. Dia hebat merangka setiap kejadian alam-Nya. Tidak pernah kurang mahu pun lebih. Aku cuba menyusun akal bagi mencipta apa yang tidak pasti. Bukan semudah itu, pasti ada sahaja sebilangan manusia yang berhasrat dengki. Dengki menonton kegembiraan orang lain yang tidak dapat di balas dengan diri sendiri. Pedulikan mereka, aku akan meneruskan pernafasan seperti biasa. InsyaAllah.

No comments: