Monday, 26 October 2009

tersentak di dada, terguris di hati

Selamat pagi-petang-senja-malam kepada penduduk BUMI. tidak kiralah dari kalangan warga metropolitan ka, kota ka, kampung ka, desa ka & terpencil ka, pedalaman ka walau dari ceruk mane pun, kita tetap berkongsi di bawah satu langit yang diciptakan olehNya kepada hambahambanyanya untuk mencari rezeki yang halal mahupun sebaliknya bagi meneruskan hidup yang perit dan penuh dengan cabaran ini. dengan menggunakan jari untuk menaip & menggerakan otak untuk berfikir, segala apa yang terkandung didalam ini adalah dari apa sahaja yang terlintas didalam akal fikiran ku. seterusnya, laras bahasa yang digunakan sama sekali tidak terkandung didalam manual Pengantar Komunikasi Bahasa Melayu. makanya, tidak perlu lah andanda untuk mengikut gaya bahasa yang diterjemahkan di dalam kandungan ini, kelak akan memakan diri.

bismilahirahmanirahim...

buah kedidi buah cendana,
buah disediakan kpd kekasih raja,
apa yang dipohon ape yang dipinta,
seorang kekasih berhati mulia

pantun itu cumelah sebagai
muqadimah nya sahaja. wal hal ,topik yang dibicarakan masih belum disentuh. mantan Cikgu Mazlan iaitu lecture Bahasa Melayu ketika di bangku sekolah dahulu pernah berkata kepada Syahrul Azhar iaitu mantan Ketua Tingkatan di kelas dahulu iaitu , "Syahrul, kalau awak hendak bercerita atau berucap atau bertutur kepada anasir luar disana, mulakan lah dengan bismilahirahmanirahim dan diikuti dengan sekerat pantun yang boleh memberi pengajaran disamping untuk membuka minda kepada penonton & pembaca". dengan pantasnya Syahrul Azhar membilas "jika itu yg cikgu katakan, pantang abah saya jika tidak mempraktikan ajaran gurunya". jadi, dengan tindak tandus itu, segala pelajaran Cikgu Mazlan akan ku bawa kemana sahaja ku melangkah. Tribute to Mr. Mazlan

Mengapa dan mengapa kedua orang tua ku ingin ku belajar disini? memang dihantar untuk belajar bukan dihantar untuk diajar. kepada mereka yang ingin belajar, teruskan lah berusaha & bertakwa kerana ianya sangat mulia . dengan adanya kata semangat, semuanya akan menjadi hangat. dengan munculnya kata sepakat, semuanya akan bertekad & dengan timbulnya rasa kasih, perlulah ada sayangnya. tetapi itu cumalah ape yang terdetik didalam hati. manusia boleh berkata & terus berkata kerana itu adalah pancaindera yang dianugerahkan .mereka mempunyai hak .tidak pule terkandung didalam akta untuk medakwa mereka yang ingin bersuara.

Konklusinya, teks ini cumalah dasar untuk menghilangkan segala tekanan di dalam jiwa raga ini. benarlah kata Prof Dr. Datuk Sri Syahrul Azhar, bahawasanya beliau pernah berucap didalam satu petikan teks manifiestonya dahulu "blog is a best place to you release our stress in our life". bukan untuk mengagungkan beliau, tetapi itu adalah satu kaedah yang berksesan. tidak perlu berbelanja besar dan menggunakan kudrat tenaga untuk menyelesakan masalah yang timbul. jadinya disini, bersama la kita berganding bahu dalam menjayakan apa yang hendak dijayakan. Mantan Cikgu Mazlan juga pernah berkata, "Syahrul, jika ucapan kau tu dibuka dengan pantun, penutupnya turut di sertakan dengan pantun". daku menjawab, "baik cikgu, saya kan NOOB, mane saya tahu jika perlu pantun itu diturut sertakan jika tidak disuruh oleh cikgu. makanya, inilah pantun penutupnya.

rumpai laut hidangan udang,
udang belang udang galah,
jika digoreng menjadi cucur udang,
dari merapu marilah kita menela'ah.




No comments: