Thursday, 3 December 2009

5 jam

5 jam di kota raya telah menghilangkan rase kebuntuan yang terserap di dalam otak ini. Malah dengan 5 jam di kota raya bermacam aktiviti yang boleh dilakukan. Dengan muka yang tidak semenggah, lepak pula dengan kawan "hot stuff" & "hot doh". Tanpa berteman dan keseorang diri, aku terus menaiki kereteapi pendek "monorel" dari stesen Titiwangsa terus ke stesen Bukit Bintang. Dengan kepanasan yang boleh dikira-kira dalam anggaran 34 darjah selsius, aku meneruskan perjalanan ke Pavillion. Jarang pula aku kesana kerana aku sering ke Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Dataran Keris dan banyak lagi. Biasalah, sebagai penduduk Kuala Lumpur yang bermaustatin ke Melaka, itu sahajalah tempat untuk aku bermadu kasih dan beriang bersama teman-teman seperjuangan yang lain. Berbalik kepada Pavillion. Aku terus menapak ke sana dengan jarak lebih kurang dari Blok Lekir (asrama di UiTM) ke pondok kayak (aktiviti sampingan di UiTM). Sudah biasa dengan cuaca panas, aku dengan selamba memakai sweater dengan orang lain asyik memandang (aku tak hot stuff macam kau bodoh). Setibanya di sana berjumpa la aku dengan sahabat pena yang lain. Malas pula hendak menyatakan setiap dari mereka. Jadi sebagai aktivitinya, minum sebentar disana, seterusnya menonton wayang gambar. Setamatnya itu, pulang lah mereka ke lokasi masing-masing. Aku yang menggunakan kenderaan awam tidak perlu merisaukan tentang hal-hal jalan raya, kerana di atas sana sentiasa lancar & teratur. "Next station, Titiwangsa" aku terdengar suare lunak dari speaker keretapi pendek itu, aku senyum dan melangkah keluar dengan gembiranya kerana selamat pulang dengan jayanya. Terima kasih abang driver kerana hantar saya pulang dengan selamat. Akhirnya, pulang ke rumah sambil menyanyikan lagu "UiTM di Hatiku" dan terus mengupdate ini catatan ke dalam blog. Tamat la sudah untuk hari ini. Di lain hari ketemu lagi.

1 comment:

DTA90 said...

peto ape nk jd ngan adk ko ni..
aiyo mkin noya aq bce blog die...