Tuesday, 1 December 2009

Zaman Pemerintahan

Pastinya kalian curiga & kurang kepercayaan apabila di sebalik muka yang tidak berjerawat & keanak-anakan ini telah memegang satu jawatan mustahak dan penting yang hanya dipegang oleh orang-orang yang tertentu sahaja. Jika di ditafsirkan kepada kiraan "Calculus" iaitu ilmu hisab, hanya 2 : 9 sahaja di dunia ini yang telah di gelar sebagai "Ketua Tingkatan". Bukanlah untuk membongkakkan diri, tetapi cuma untuk pertunjukkan kepada mereka-mereka di luar sana sahaja. Kepada yang pernah di gelar seperti ini taniah diucapkan. Orang-orang seperti kita ini sahaja yang mengerti apakah erti pemerintahan. Selepas 2 tahun memegang jawatan ini, aku semakin angkuh & angkuh sehinggakan anak-anak buah menjadi bosan dengan tingkah laku aku. Sebagai Ketua Tingkatan yang profesional, kita perlu menanganinya dengan cara baik tanpa memerlukan adegan pertumpahan darah. Sejenak itu, semua masalah yang timbul menjadi normal atas kepantasan, ketangkasan & kecekapan yang di lakukan oleh manusia yang di gelar SYAHRUL.

No comments: