Sunday, 31 January 2010

al Futsale D'Lekirian





Keringat peluh yang melekit di baju sudah cukup untuk menunjukkan tanda kesungguhan untuk bermain futsal tempoh hari. Soal menang atau kalah tidak di pedulikan kerana niat cumalah untuk menunjukkan kredebiliti satu pasukan yang ada pada setiap semangat pemain. Walaubagaimanapun, skill yang ada perlulah di tonjolkan agar mendapat tepukan gemuruh dari pasukan sorak yang asyik menjerit di tepian. Yang menang terus berjaya dan yang kalah terus berusaha. Ketidakadilan yang berlaku di setiap perlawanan sudah menjadi duri dalam daging bagi sukan futsal. Bagi mereka yang mengenali, majulah sukan untuk Lekir.

No comments: