Saturday, 6 February 2010

anjakan paradigma


Terasa pula kerinduan apabila sudah hampir sedekad tidak pulang ke tanah tumpah dan darahku iaitu kota keriangan Kuala Lumpur, Sentul. Di mana, di situ la tempat untuk aku berhubung bersama sahabat-sahabat seperjuangan yang lain untuk menghadiri function di setiap malam yang agak gemilang. Tambahan pula, di situ lah tempat untuk aku menghilangkan rase keheningan-keheningan hari yang menjadi masalah dalam diri untuk aku melayan rasa bosan dan sentiasa bermain-main di perasaan yang sering kali kacau-bilau ini. Jikalau di sana, tiada sempadan untuk aku lepasi walaupun ke utara, selatan, timur & barat untuk aku jejaki. Akan tetapi, di sini cumalah yang ada satu lakaran peta yang lukisan geometrinya di lakarkan temboknya di hujung-hujung sudut bangunan dan menara. Makanya tiada privasi untuk kami ke sana ke mari. Walaubagaimanapun kelak aku akan ke sana jua. Tunggulah sahabat nakal ku, akan sahabat mu ini pulang ke sana dengan harapan yang jitu bukannya palsu.

No comments: