Saturday, 23 January 2010

Berjemur-jemur di siang hari menyebabkan warna kulit yang cerah semakin malap & gelap. Tidak dapat di nafikan adalah kerana, fungsi cahaya matahari adalah untuk mencerahkan warna langit Bumi yang malap apabila di timbusi oleh sekawan awan-awan yang bergerak seiringan dengan arah angin secara berkepul-kepul di atas sana. Oleh hal yang demikian, terpacarlah satu sinaran cerah & gemilang yang dapat menyerikan hari-hari anda yang sedang asyik berpijak dan menumpang di atas Bumi yang berbentuk sfera ini. Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah perlu adanya cahaya matahari? Disini saya berpendapat bahawa, orang yang tidak mempunyai akal sahaja yang tidak mahu menggunakan perkhidmatan cahaya matahari. Wal hal, ianya tidak perlu di bayar dan juga kos lepasnya juga tiada. Makanya permintaan terhadap cahaya matahari itu adalah tidak terhad akan tetapi cuma mengikut waktu & masanya sahaja. Mungkin ke-silauan akan terpacar sedikit di mata anda. Tetapi itu bukanlah alasan kerana manusia semakin bijak, dan telah mencipta sebuah alat yang di beri nama "cermin mata" atau di kepualauan Malaya mereka memanggil, Sun Glasses. Akhir sekali, di musim yang panas ini, bersama-sama lah kita untuk mengurangkan aktiviti di luar bilik darjah dan menerapkan diri dengan sikap kesabaran & berjimat cermat. Selamat. .

No comments: