Monday, 18 January 2010

Saat dengan pantas meneruskan digitnya. Minit tanpa diduga berubah angkanya. Jam yang lama juga bertukar waktunya. Hari berganti hari. Bulan lengkap mengelilingi Bumi. Matahari tetap terpatri disitu, tanpa beralih posisinya. Walaubagaimanapun, DIA tidak dapat ditentu. Masih mencari apa yang dicari. Mungkin tidak puas dengan kisah yang lalu. Perlu mencuba sesuatu yang baru, bagi memuaskan nafsu yang keras seperti batu. Jangan KAU leka & terus alpha. Masa tidak pernah menunggu kita, malahan terus mengejar kita yang sedang asyik termenung mengenang kisah lama. Teruskan mencuba sekiranya perlu, positif pemikiran pasti akan membantu. Pedulikan sahaja apa yang dikata, teruskan melangkah dengan penuh jaya. Kisah yang lalu jadikan tauladan, sudah terkena baru la padan. DIA disitu, AKU disini. Tidak pernah terpisah, walau seinci. Apakan daya, insan yang tersedia bukanlah untuk DIA. Terapkan diri dengan sikap mulia. Redha la kau dengan apa yang ada. Jangan terkulai seperti di belai. Cukuplah sudah untuk hari ini. Jangan lah ENGKAU menegecilkan diri. Bukalah minda, rehatkan diri. KAU sentiasa, tetap dihati.

(entry kali ini agak jiwang & jambu. Sila berikan kutukan anda di "chat box" atau "comment" sahaja entry ini, terima kasih dua kali, sudah bosan buka lagi .

No comments: