Friday, 15 January 2010

Menjelang malam, sayup-sayup kedengaran alunan dari dahan-dahan pokok yang berlaga sesama mereka dihadapan jendela tingkap bilik kolej ku. Terasa kedinginan malam itu memuncak apabila angin yang kencang saling pantul-memantul ke dalam bilik sehinggakan dipaksanya untuk aku menyarung baju sejuk yang di kunci di dalam loker peribadiku. Di tambah pula dengan secawan milo panas "Milo 3 in 1 original" yang berada bersebelahan dengan lengan kanan ku ini. Kepanasan air segar itu merasakakan seperti hendak di kongsi bersama sahabat-sahabat pena yang lain, akan tetapi tidak terdaya disebabkan cawan yang kecil itu cumalah untuk aku sahaja. Alangkah manis lagi sekiranya muncul teman mesra berada bersebelahan untuk bergurau-senda & bertepuk tampar sesama kita. Malangnya cuma yang ada adalah rakan bilikku yang boleh tahan hebatnya juga. Tetapi itu semua cumalah khayalan belaka, jangan lah difikirkan sangat kelak memakan jiwa. Faktor kegembiraan tidak hadir dari imaginasi anda wal hal ianya datang dari tindak-tandus sendiri.

No comments: