
Perjalanan yang mengambil masa setengah jam dari arah utara Malaysia ke selatan Malaysia telah pun aku jelajahi untuk mencapai matlamat ke lokasi yang ingin di tujui iaitu "Bandar Yang Terancang" yang di perkenalkan oleh mantan perdana menteri Malaysia, iaitu Putrajaya. Tujuan yang sudah di rancang sebaik sahaja paddle clash kereta di tekan ialah, hendak melihat balon-balon berterbangan di atas awan sana. Bergegas kesana dengan cuaca yang hampir senja, aku terus manambah kelajuan pemanduan ku ke aras 140 km/j. Sebagai pemandu yang berhemah, sit belt tidak pula di lupakan untuk di pasang sambil air-cond kereta di ubah-suai ke suhu yang sederhana. Sambil melayan lagu electro yang di pasang Apenk iaitu penumpang yang duduk bersebelahan, kepala aku terus terhuyung-hayang sambil mengikut irama genre muzik tersebut.
Setibanya disana, aku terus menjadi buntu. Akibat mencari presint 2 yang hendak kami tujui. Dengan bantuan GPS percuma iaitu penumpang yang duduk di belakang kerusi saya iaitu Jack, kami telah hampir mencapai matlamat utama kami. Sedang asyik toleh-menoleh kepala, tiba-tiba..... Aku terlihat sebuah balon besar yang apinya di tiup ke arah atas. Wahhhh, sungguh hebatnya. Terkedu & terpaku seketika aku dan sahabat yang lain. Tanpa melenggahkan masa, terus aku mencari kawasan letak kereta yang berhampiran. Nasib menyebelahi kami apabila parkir yang ada cuma la jauh-jauh belaka. Akan tetapi itu bukanlah sebagai pematah semangat kami untuk terus kesana. Setelah 30 minit menapak-kaki, tiba jua kami ke sana dengan badan yang berpeluh dek pemanasan global yang berlaku.
Terus aku mencapai telefon dan menelefon orang kuat aku untuk lepak bersama. Tidak sampai 10 minit, kami pun bersua dengan masing-masing asyik mengesat peluh di muka & di badan. Berjalan dengan gaya cergas, kami terus ke pusat tarikan pelancong iaitu Alamanda untuk mencari santapan malam, pada malam itu. Kami terus lah me-laha diri masing-masing sambil mentertawakan orang lain. Sepenamatnya itu, kami pun beredar dari sana terus ke pangkuan kenderaan masing-masing. Masing-masing melambaikan tangan masing-masing menunjukkan hari gembira apabila dapat berjumpa masing-masing.
1 comment:
hahaha....adodododoi..
aku baru bace ni...lwak doh...
Post a Comment