Sunday, 21 March 2010
kebenaran berpihak kepada saya
Fuhhhhhhh, nafas aku di tarik sepanjang-panjang yang boleh. Bersyukur aku ke hadrat Illahi kerana aku masih mampu menggerakkan otot-otot dan saraf-saraf badan yang ada. Baru sahaja petang tadi. Di kala hujan turun dengan lebat, aku memandu kenderaan beroda empat ini di tengah-tengah kota metropolitan yang sesak dengan manusia yang sibuk kesana-kesini untuk memenuhi aktiviti mingguan harinya. Hal ini berlaku sejurus sahaja aku men-drop-kan sahabatku di Perhentian Pudu Raya. Aku terus mencari jalan pulang yang ketika itu jalan raya penuh dengan kenderaan berpacuan empat roda dan dua roda serta geng-geng dari seberang Malaysia iaitu Wak Suparjo (Mat Indon) serta konco-konconya. Aku mengendahkan sahaja dengan mereka itu, kerana aku hendak pulang ke rumah ku. Sedang asyik aku memandu dengan pembersih cermin di pasang ke kiri ke kanan, aku terus menjadi lalai. Sehinggakan lampu isyarat yang merah aku anggapkannya hijau. Setibanya di simpang 4, kereta yang ku pandu dengan kelajuan yang sederhana itu terus melanggar lampu isyarat yang tertera berwarna merah. Aku terlalai dan tersedar semula apabila kelihatan kereta di kiri dan kanan aku terus berjalan. Aku dengan rasa cemas dan sedikit khuatir, terus memijak ke paddle break dan kelihatan ketika itu aku seperti seorang drifter yang berjaya. Mujurlah ketika itu nasib menyebelahi aku, kerana kereta di ke-dua-dua arah memandu secara perlahan. Aku dengan gaya selamba terus mengawal kereta itu kelandasan yang benar dan lurus. Dengan mengucap Alhamdullilah sebanyak 3 kali, aku meneruskan pemanduan aku dengan kadar kelajuan 50 km/j. Sedikit terpegun apabila semua orang melihat kearah aku dan aku pun just ignore with that.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment