Sunday, 18 December 2011

nasi putih bercampur telur dadar

Mungkinkah doa-doa yang dahulu sudah termakbul? Atau ianya sekadar hasutan untuk jiwa yang keras ini? Engkau patut bersyukur dengan segala pemberian daripada-Nya. Kuat sangat melatah risaukan nanti tercemar nama yang sedang bersinar. Rujuk pada yang pakar tentang perihal bersama. Tindakan yang drastik mungkin akan menyebabkan akal terus tidak bernyawa. Bernafas-lah engkau selagi ada yang menyapa. Sindiran-sindiran halus patut engkau tepis untuk buktikan pada mereka yang engkau sedang berusaha. Lagu-lagu berentak jiwa sedang bermain di dalam minda. Sehingga ke satu tahap ianya di campur aduk dengan rentak remix. Kenapa? Kerana engkau terlalu taksub melayan bidadari-bidadari syurga.

No comments: