Tuesday, 24 January 2012

kekusutan zahir

Semalam aku tewas, tetapi hari ini aku pasrah. Pasrah aku untuk membiarkan engkau pergi. Sedu dada ini aku tidak pernah peduli. Setitik-setitik air menitik, lama-lama bertakung juga di dalam tempayan. Mencuba juga untuk menghalusinasikan diri ke pelusuk yang lain. Entah, ia bagaikan menarik balik minat untuk berjuang. Aku cuba mendengar apa yang mereka khutbahkan. Tetapi sikap menongkat dagu aku itu lebih tinggi daripada apa yang aku rasai. Kadang kala tercungap-cungap juga apabila tiada siapa yang datang menyapa. Akhirnya aku melutut meminta pertunjukkan daripada-Nya.

3 comments:

liajay said...

sangat dalam, mmbuat sy trfkir. thanks

Lina Farhana said...

Can i copy this?

syahrul azhar said...

lebih gembira hati penulis jika ia di kongsi bersama